Monday, February 28, 2011

Tong...tong..tong


Dah seminggu tak update blog ni. Hilang semangat, hilang idea.

Dah seminggu juga kepalaku sakit macam kena migrin. Dari pagi seawal pukul 9 sampailah ke pukul 6 petang aku terpaksa menadah telinga. Bunyi ketuk-mengetuk yang bagai masuk ke kepala, bunyi drill yang menyakitkan gigi dan habuk yang berterbangan cukup merimaskan. Kenapa??? Ada jiran baru di sebelah kanan rumahku. Rumah teres memang beginilah keadaannya, setiap bunyi di sebelah rumah terasa begitu dekat dengan kita.

Jiran ini merupakan pasangan muda berbangsa Cina yang baru membeli rumah tersebut. Sebelum berpindah masuk mereka melakukan pelbagai kerja naiktaraf seperti menukar jubin, memasang kabinet, mengecat pintu, pecah sana, sekat sini dan sebagainya. Yang pastinya, rumah mesti nampak 'brand new', tak ada langsung tinggal bekas pemilik terdahulu.

Sabar, sabar ..... hari ini jiran tersebut berkeperluan. Esuk mungkin kita pun perlu buat bisning, dah tentu menggangu mereka pula. Waktu itu kita pula yang mengharapkan pengertian dari mereka. Cuma hati kecil ini berharap ... cepat-cepatlah siap kerja-kerja tersebut, supaya suasana damai semula.

Setakat seminggu ini, aku sudah mula berkenan dengan pasangan ini. Mereka amat peramah dan menghormati kami. Bila terpandang sahaja muka kami, cepat tesenyum dan menegur. Aku bersyukur mendapat jiran sebegini dan aku harap sikap ini akan berkekalan. Walaupun berlainan bangsa dan agama, kita sangat dituntut oleh Islam untuk menghormati jiran.

No comments: