Friday, February 24, 2012

Terkenang Semasa Lalu

Baru-baru ni pergi ke Ipoh. Walaupun aku dilahirkan di Perak,  dalam IC kod negeri 08, tapi bab jalan-jalan di Perak ni aku gagal.  Kalau ke Ipoh mesti kena gunakan GPS.  Ipoh banyak traffic light dan jalan sehala.  Silap masuk lorong nih,  jalan lagi ... GPS bagi jalan alternatif.  Hrmm ... tapi kekadang, tertipu juga dgn benda nih!!

Apabila melalui Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab baru-baru nih,  teringin pulak rasanya nak singgah di Stesen Keretapi Ipoh yang penuh nostalgia ni.  

senibina stesen ini sangat indah
Di sinilah selama 5 tahun (dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5) tempat aku berulang-alik antara kampung ku dengan sekolah ku di Perlis.  Setiap kali berulang-alik perjalanannya panjang sekali.  Jika bertolak dari Perlis, kami akan memulakan perjalanan seawal 4 pagi dengan bas yang di sewa oleh pihak sekolah. Waktu tu mana ada highway. Kami terpaksa melalui perjalanan jauh dalam kesejukan pagi selama hampir 3 jam dan biasanya tiba di stesen keretapi Butterworth sebelum pukul 7 pagi. Seterusnya kami akan menaiki keretapi pukul 8 atau 8.30 pagi menggunakan tiket waran.  Perjalanan seterusnya mengambil masa 5 jam.  Waktu itu mana ada keretapi ekspress. Keretapi berhenti hampir di kesemua stesen di sepanjang laluannya.  

Ahhh ... masa inilah yang paling mengembirakan.  Tidak ada istilah letih dan bosan bagi kami kanak-kanak riang.  Kami gunakan masa yang panjang ini untuk berborak, bergelak-ketawa, usik-mengusik. Hilang tension belajar satu penggal.  Keputusan periksa akan dipos kepada ibu-bapa pada akhir cuti penggal nanti. Lambat lagi ... apa pun enjoy dulu masa boleh enjoy nih.  Kalau dah dapat keputusan nanti mungkin ramai yang menangis ... hehehhehe

Kebiasaannya aku tiba di Ipoh pukul 2 petang. Kawan-kawan yang menuju Stesen Tapah, Tanjung Malim, Kuala Lumpur atau lain-lain stesen di selatan ... entah pukul berapa mereka akan tiba.  Kebiasaannya ketika ini Arwah Apah sudah sedia menunggu aku di stesen.  Semasa aku duduk memandang stesen ini serta  landasannya yang panjang, aku seolah-olah ternampak Arwah dengan seluar hitam dan kemeja putihnya berdiri di tepi landasan menunggu anaknya turun dari keretapi.  Huaaaaa ... setiap kali teringat Arwah Apak, aku mesti menangis rindu .... sob sob sob!!!!  

**********************************************

Untuk mengetahui sejarah stesen ini, sila klik

No comments: