Wednesday, January 16, 2013

Apa Yang Lepas??

Tahun 2012 dan berlalu. Hari ni dah 2 minggu di tahun 2013. Ngapa ler aku malas sangat nak ber-blog ni.  Dulu pantang masa terluang, ada jer benda yang nak ditulis. Ni puas nak cari mood untuk menulis.  Masalahnya bukan aku saja dah malas nak ber-blog, tapi aku perasan banyak blog pujaan ku pun dah slow down, ada yang setahun, 6 bulan, 3 bulan tak update.  Agaknya trend untuk blogging dah nak pupus, orang lebih suka FB, twitter, whatsup dan entah apa-apa lagi. Ringkas jer ayat yang perlu tulis, bubuh gambar sekeping dua dah cukup.  Blogging perlu mengatur ayat, pendek-pendek tak syok.

Tapi aku nak teruskan juga blog ni, harapan aku ianya akan jadi seolah-olah jurnal untuk rujukan anak-anak aku pada masa depan. Sebab di blog inilah aku ceritakan macam-macam kisah yang mereka mungkin lupa atau tidak tahu pernah berlaku kepada mereka sebelum ini.

Semoga Allah memberkati hidup kita sekeluarga  dan
mengumpulkan  kita sebagai penghuni Jannah.  Ameen

Apa yang istimewa tahun 2012??  Banyak juga.  Tahun 2012 genap 25 tahun perkahwinan aku dengan Abah. Alhamdulillah kami masih loving couple macam dulu.  Anak-anak kena ikut macam kami, walaupun kerap berbeza pendapat, pot-pet, pot pet gaduh-gaduh manja, tapi kami tak simpan dalam hati. Tak sampai setengah jam boleh bergurau semula. Yang penting jangan biarkan hubungan jadi hambar.

Tahun 2012 juga aku sempat menyambut harijadi ke-50 tahun. Alhamdulillah atas nikmat Allah meminjamkan aku umur yang panjang, tubuh yang sihat, kehidupan yang tenang.  Insya Allah aku tak mau sia-siakan kesempatan umur panjang ini untuk sentiasa memperbaiki diri ... semoga aku mendapat keredhoan Allah di dunia dan akhirat.  Ameen.

Sahabat yag tak pernah nterpisah selama 5 tahun 

Tahun 2012 juga aku berpeluang bertemu sahabat-sahabat lama semasa menuntut di sekolah berasrama dahulu.  Dalam majlis reunion di Perlis pada bulan Mei lepas, kami sempat juga bertemu dengan bekas-bekas guru yang sangat dihormati dan disayangi. Kali terakhir kami bertemu adalah di tahun 1979 semasa kami di tingkatan 5.  Bayangkan betapa gembiranya dapat bertemu semula dengan sahabat yang dianggap bagaikan saudara sendiri.

Tahniah Kaklong

Tahun 2012 juga Puteri Sulong menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perakaunan, seterusnya aku menghadiri majlis konvokesyennya.  Alhamdulillah dia tidak perlu menunggu lama untuk mendapat pekerjaan di sebuah firma akaun di Damansara Utama.

Tahun 2012 juga Puteri Tengah menamatkan pengajian Diploma Teknologi Maklumat dan kini bertugas sementara di Pejabat Umno. Aku cadangkan dia menyambung pengajian ke peringkat ijazah pula.

Tahun 2012 juga Puteri Bongsu menamatkan alam persekolahan dan dah selesai menghadapi SPM. Seronoknya dia tak perlu mencuci kasut sekolah dan menggosok uniform setiap minggu. Dan hari ni hari pertama dia belajar memandu.  Selepas ni ada 5 pemandu bertauliah di rumah ini ... heheheh

Puteri Bongsu mengapit sepupunya Along Mukhriz

Tahun 2012 juga ramai anak saudara yang berkahwin.  Soalan cepumas dari mereka ... bila pula giliran aku dan Abah nak terima menantu?? Hrmmm harap Puteri Sulong boleh tolong jawabkan.

Gua Kelam Perlis

Bandar Hilir Melaka

Tahun 2012 juga kami banyak menjelajah Malaysia.  Tahun ini kehidupan yang penuh gembira kami isi dengan melawat Melaka, Kelantan, Perlis, Kedah, Putrajaya, Perak dan Penang sendiri (heheeh ... pelancong di tempat sendiri).  Kunjungan kami tu samada untuk melancong, menghadiri majlis kenduri atau sekadar jalan-jalan cari makan.  Alhamdulillah atas nikamat yang Allah kurniakan.

Jogging track yang cantik

Tahun 2012 (psstt  ... di penghujungnye!!!) aku dan Abah mula serius untuk beriadah.  4 atau 5 hari seminggu seawal 7.15 pagi kami akan ke taman rekreasi untuk berjalan beberapa kilometer.  Satu pusingan dianggarkan sejauh 1 kilometer ... so selalunya aku dan Abah dapat menghabiskan 3 atau 4 pusingan.  Seronok berpeluh-pleuh dan badan pun terasa ringan.

Rasanya banyak lagi yang berlaku pada tahun 2012. Semuanya yang indah-indah.  Aku berdoa semoga aku menjadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan.  Alhamdulillah.

No comments: