Monday, July 2, 2018

Madinah Al Munawarah (20 -23 mac 2018)

Kami tiba di Madinah pada jam 1.00 pagi.  Memandangkan hanya kapalterbang kami saja yang mendarat ketika itu, bilangan jemaah yang berada di ruang pemeriksaan Imigresen dan Kastam tidaklah terlalu ramai dan bersesak2. Hanya jemaah Malaysia dan Indonesia yang menaiki pesawat SV831 je beratur di situ. Justeru itu semua urusannya berjalan dengan sangat lancar dan pantas.

Petugas di sini lebih berhemah dalam melayani jemaah yang pelbagai ragam. Pengalaman sebelum ini beberapa kali berdepan kerenah pak2 Arab yang bertugas melayan jemaah yang tiba di lapangan terbang Jeddah membuatkan aku berasa agak cuak. Alhamdulillah, di sini semuanya baik2 belaka.

Selesai segala urusan, semua jemaah Al Quds seramai 30 orang segera menaiki bas dan bergerak menuju Kota Madinah. Aku antara teruja dengan ngantuk yang amat sangat. Maklum jam 2 pagi terpaksa bersengkang mata. Perjalanan dari lapangan terbang berjalan lancar, tidak banyak kenderaan di jalanraya pada awal pagi begitu. Setelah beberapa puluh minit di jalanan (aku terlupa nak catat .. mata terbuka terkatup je tahan ngantuk hihihihi), akhirnya kami tiba di hotel penginanapan kami, Concorde Dar Al Khair.  Aku duduk sebilik dengan Makcik dan In. Kami segera mengambil giliran untuk membersih diri dan meletakkan badan di katil. Cadangnya nak lena sekejap tetapi tak sampai 2 jam kami dikejutkan dengan laungan azan dari Masjid Nabawi. Ohhh begitu hampir rupanya hotel kami dengan masjid walau bangunan masjid tersebut tidak kelihatan dari tingkap bilik kami kerana terlindung oleh bangunan yang lain. 

Hotel penginapan
Setelah mengambil wuduk kami bergegas ke Masjid Nabawi. Subhanallah, hanya di sebalik selekoh bangunan di hadapan hotel kami, terus terpampang Pintu 15. Tiba2 aku jadi sebak. Airmata jatuh berjujuran, tak mapu aku tahan2. Syukur Ya Allah... Engkau makbulkan doa ku untuk kembali ke tempat suci ini. Aku bersujud syukur mencium bumi mulia ini.  Pagi ini kami solat di perkarangan masjid kerana tidak dibenar masuk sebab tempat telah penuh. Aku hirup puas2 kedinginan udara Madinah, aku tatap puas2 keindahan Masjid Nabawi. Akan aku rakam keindahan itu dalam ingatan bagaimana aku memandang masjid persemadian Nabi saw ini dengan hati penuh kasihsayang melimpahruah.

Masjid Nabawi... Subhanallah
Bersama kenalan baru, Zai dari Kuala Lumpur menyaksikan
payung dibuka setelah selesai solat subuh. Subhanallah

Begitulah rutin kami setiap hari selama 4 hari berada di Madinah. Kami tidak melepaskan peluang ke Masjid Nabawi pada setiap waktu solat. Kami pastikan tiba awal untuk mendapat tempat di ruang solat dalam masjid yang indah dan nyaman ini. Kami berselawat sebanyaknya. Kami datang menziarahimu Ya Nabi saw. Kami sentiasa merinduimu, kami sentiasa mendambakan saat berada hampir denganmu Ya Rasullullah saw.

Balik dari solat subuh sempat singgah untuk shopping

Pilih je.. nak jubah, gelang, sejadah, tasbih, minyak wangi semua ada.
 Kalau berniat nak beli cenderamata untuk bawa balik ke Malaysia, elok beli je di Madinah,
 lebih murah, banyak pilihan, banyak kedai berdekatan hotel
dan yang pentingnya.. penjualnya lebih peramah

Pada hari malam kedua kami dipimpin oleh mutawifah untuk masuk ke Raudhah. Wanita Indonesia yang sudah 4 tahun bermastautin di Madinah dan bekerja di sini sedaya upayanya menjaga kami sebaik mungkin. Memandangkan dia fasih berbahasa Arab, mudahlah bagi kami bergerak menuju Raudhah. Keadaan di kawasan masuk ke Raudhah masih seperti dulu juga. Suasananya tidak selesa dan tenang kerana ramainya jemaah dari pelbagai bangsa yang bersikap tidak sabar, menjerit2 dan cuba melanggar peraturan memasuki Raudhah mengikut zon. Jemaah nusantara saperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand amat tertib dan sentiasa patuh pada arahan petugas di Raudhah. Walau apapun dugaannya (termasuk ditolak, dihimpit, dipukul, dijeling), demi kerinduan kepada Nabi saw dan demi mahu berada di Taman Syurga, kami terus bertahan dan masuk ke Raudhah menunaikan beberapa solat sunat.  Aduhh sesak nafas ku diasak oleh bangsa India, Pakistan, Iran dll bangsa yang bertubuh sasa dan tinggi2 belaka.

Semangat berkobar2 nak menzirahi Nabi saw di Raudhah

Alhamdulillah ... selesai sudah zirah Nabi saw di Raudhah. Selesai setelah 'berjuang' hampir 3 jam

Pada hari ketiga pula kami dibawa menzirahi Masjid Quba untuk menunaikan solat 2 rakaat. Seterusnya kami singgah sebentar di Masjid Qiblatain sebelum menuju ke Bukit Uhud dan ke ladang kurma.  Di setiap lokasi persinggahan, Ustaz Mahyuddin selaku mutawwif akan menceritakan secara ringkas sejarah tempat2 tersebut  dan kaitannya dengan sejarah perkembangan syiar Islam yang subur di bumi Madinah.

Semua orang berebut2 solat di ruang sempit bahagian bawah Masjid Quba.
Padahal ruang solat di tingkat atas kosong dan sangat selesa untuk beribadah







Lawatan ke Bukit Uhud

Tuan Mutawwif membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia
Dalam perjalanan ke ladang kurma, kami melalui kawasan perumahan pak Arab.
Besar2 rumah depa ni

Suhu di Madinah ketika ini masih dingin berangin. Walaupun panas  cahaya matahari menyilaukan pandangan mata, tetapi tiupan angin dingin amat menyegarkan.

Selain dari itu, kami juga dibawa berjalan kaki dari hotel melawat Tanah Perkuburan Baqi', tempat terhimpunnya makam ahli keluarga dan sahabat2 Nabi saw.  Selebihnya, kami bebas untuk berkunjung ke tempat2 membelibelah yang terletak berhampiran dengan hotel.


 




Sejarah di sebalik wujudnya taman indah berhampiran Pintu 15




No comments: