Saturday, March 26, 2011

Debaran Kian Terasa

Pejam celik pejam celik. Cepatnya masa berjalan, sedar-sedar lagi 3 hari aku akan berangkat. Aku sebenarnya telah lama menyimpan niat untuk menunaikan umrah. Hanya pada bulan Januari lepas aku mendaftarkan diri untuk menyempurnakan niat ku itu. Insyallah 30 Mac ini aku akan berlepas ke Jeddah.

Setiap masa penuh dengan debaran. Walaupun ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, tetapi keterujaan itu tetap sama. Aku jadi kalut melakukan persiapan fizikal, mental dan spiritual ... aku mengharapkan agar dapat melakukan umrah yang terbaik ... lebih baik daripada yang telah aku lakukan sebelum ini. Insyaallah.

Setiap minggu aku menghadiri kursus haji dan umrah tanpa jemu. Selain mendapat ilmu dan panduan mengerjakan ibadah umrah, kelas tersebut juga turut menyentuh pelbagai aspek fardhu ain. Dan selamanya aku rasa belum cukup ilmu, rasanya banyak lagi ilmu perlu diambil tahu. Aku mahu pastikan aku tidak mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah untuk kembali menjejak kaki di kedua-dua tanah suci tersebut.

4 kali seminggu aku dan Abah akan berjalan di sekitar kawasan perumahan supaya tubuh "fit" untuk melakukan ibadah ini. Setiap kali usai solat, aku berdoa memohon bantuan dan perlindungan dari Allah.

Ohh Tuhan, bantulah aku semoga dapat melakukan ibadah dengan sempurna ... semoga mendapat umrah yang mabrur. Ameen

Friday, March 25, 2011

Tahniah Sayang

Senyum riang pada majlis konvokesyen - 21 Mac 2011

Tahniah buat Kak Ngah. Tersenyum lebar dia sebaik sahaja selesai Majlis Konvokesyen ke-11 Politeknik Seberang Perai. Hilanglah penat lelah berulang-alik ke kampus selama 2 tahun setengah. Berkejar pergi balik dari rumah menghadiri kuliah yang adakalanya pada waktu pagi, petang atau malam.

Mama sentiasa mendokan agar Kak Ngah sentiasa berjaya dalam hidup. Jadilah anak yang kuat semangat juang, sentiasa seimbang mengejar nikmat dunia dan akhirat. Paling penting jadilah anak yang solehah dan berbudi mulia. Berbuat baik kepada ibu-bapa dan saudara-mara kerana itulah harta dunia yang paling utama.

Hemmmm ... seperti ibu yang lain, selepas ini Mama berharap Kak Ngah boleh membuat pilihan yang bijak Samada menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau terjun ke dunia pekerjaan. Lepas tu .... cari jodoh di kalangan lelaki yang beriman. Ohhh ... Mama dah tak sabar nak dapat menantu.

Friday, March 18, 2011

Awat Ceq Ni

Puteri Bongsu paling banyak sejarah semasa kecilnya. Sebagai anak ynag bongsu, dia amat manja dengan aku, Abah dan kakak-kakaknya. Cuma kadangkala Kak Ngah menunjukkan rasa cemburu dan sering membuli adiknya, menyebabkan mereka sering bergaduh. Perangai tersebut kadangkala terbawa-bawa sampai sekarang. Cuma aku amat bertuah kerana mereka hanya sering 'berjawab' aja, tak pernah lagi melibatkan fizikal, baling-baling barang atau sampai ada yang menangis. Cuma hang kata aku, aku kata hang!!!! Bagaimanapun kini keadaan makin terkawal, agaknya masing-masing sudah matang. Kalau seorang marah, seorang lagi berdiam diri. Aman satu rumah.

Bagaimanapun aku tahu Kak Ngah amat sayangkan adiknya. Setiap kali membeli-belah, mesti tidak lupa dia membeli makanan atau minuman kegemaran adiknya itu. Kak Long memang 'favourite sister'. Mereka bertiga boleh duduk berjam-jam dalam bilik bersembang dan bergelak ketawa. Kadang-kadang aku menjadi sayu memikirkan apabila tiba masanya mereka perlu membawa haluan masing-masing membina keluarga. Ahhh ... tak sanggup aku memikirkan saat itu. Rasanya aku hendak kepung dan peluk ketiga-tiga mereka sampai semua tua.

Puteri Bongsu dimasukkan ke Tadika "A" semasa berumur 5 tahun. Dari hari pertama dia sudah buat drama. Aku tidak boleh berganjak lnagsung dari sisinya. Pernah aku kuatkan hati meninggalkannya semasa dia sedang ralit mewarna. Tidak sampai 5 minit tiba di rumah, guru tadika menelefon meminta aku membawa pakaian baru kerana Puteri Bongsu menangis sampai termuntah-muntah. Aduhhhh ... awat ceq ni!!!1

Masuk minggu kedua, Arwah Mak Midah pula menunggunya di tadika kerana aku tidak mampu lagi mengambil cuti tahunan yang banyak di awal tahun. Tetapi masalah timbul bila Mak Midah tidak dapat pulang menyediakan makan tengahari untuk kak Long dan Kak Ngah pulang dari sekolah. Akhirnya aku dan Abah sepakat memberhentikannya dari Tadika "A". Aku dapati guru-guru tadika tersebut tidak mengambil inisiatif untuk menarik perhatian anak-anak yang sama masalah dengan Puteri Bongsu. Mungkin mereka pun gembira apabila 'problem student' ni berhenti. hrmmmm ..... duit pun banyak melayang apabila buku dan uniform yang dibeli tidak dapat digunakan lagi dan yuran hangus begitu saja.

Aku daftarkan pula dia di Tadika "B". Alhamdulillah Cikgu Aini memahami masalah anak manja ini. Cara percakapan yang lembut memujuk serta senyuman dan sentuhan sayang Cikgu Aini menyebabkan Puteri Bongsu tidak menghadapi masalah untuk berada di Tadika "B". Aku cuma perlu menunggunya selama 3 hari sahaja. Dan berterusanlah dia belajar di tadika tersebut selama 2 tahun tanpa ada masalah.

Tetapi rupanya masalah tersebut berulang semula apabila dia masuk ke Tahun 1. Aku benar-benar pening kepala apabila terpaksa mengambil cuti selama 2 minggu menunggunya di sekolah. 3 hari pertama kami dibenarkan berlegar berhampiran kelas, selepas itu kami hanya dibenarkan menunggu di kantin. Apabila dia tidak melihat aku di kantin, dia akan menangis. Walaupun Kak Ngah yang berada di tahun 6 cuba memujuknya, tetapi tidak berjaya. Keesukan harinya aku akan menghadapi masalah untuk menghantarnya ke sekolah. Aduhai ... awat la ceq ni!!!!

Aku berbincang dengan guru kelasnya, Cikgu Agnes dan guru kaunseling, Cikgu Fauzi. Aku ceritakan bahawa Puteri Bongsu ini anak yang manja dan cukup takut melihat cikgu marah dan memegang rotan. Maklumlah rotan tak pernah singgah ke tubuhnya. Cikgu Fauzi berjanji akan berjumpa dengan Puteri Bongsu dan membantunya.

Alhamdulillah, aku tidak pasti apa pendekatan Cikgu Fauzi. Selepas 2 kali bertemu guru kaunseling tersebut, Puteri Bongsu bertukar menjadi murid yang tidak ada masaalah langsung untuk ke sekolah sehinggalah ke hari ini. Alhamdulillah.

Sesungguhnya aku benar-benar terhutang budi kepada semua guru yang telah banyak bersabar dengan kerenah anakku dan murid-murid lain. Semoga Allah membalas jsabaik mereka. Ameen

Sunday, March 13, 2011

Nur Selawat- Tola'al Badru 'alaina 2

Kita mempunyai banyak lagu nasyid yang dimainkan setiap hari sebagai halwa telinga. Ada lagu yang disusun begitu indah melodi dan liriknya sehingga benar-benar menusuk jiwa. Kebanyakan lagu nasyid yang ada begitu mendayu-dayu dan kurang menarik minat golongan muda untuk mendengarnya walaupun mesej yang cuba disampaikan cukup kuat.

Lalu bagaimana untuk memastikan golongan muda tertarik mendengar nasyid? Rasanya kita perlu menyajikan mereka dengan irama yang lebih segar dan menangkap deria pendengaran mereka. Mungkin pada mulanya mereka hanya tertarik kepada melodi yang indah, tetapi setelah berkali-kali mendengar dan menyanyikan, sedikit sebanyak mesej yang cuba disampaikan menerusi lirik-lirik yang indah dan mudah difahami akan meresapi jiwa mereka. Insyaallah.

Salah satu lagu nasyid yang amat segar penyampaiannya adalah lagu berikut yang disampaikan dengan begitu menarik sekali:-



Friday, March 11, 2011

A doctor In The House




Wajahnya pada kulit buku itu tersenyum manis. Membuat hati terpanggil untuk membaca apa isihati si penulis. Lalu RM100 dihulurkan dan buku ini aku bawa pulang.

"A Doctor In The House : The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohammad" adalah hasil nukilan Tun sendiri. Menurut Tun, beliau mengambil masa 8 tahun untuk menyiapkan buku ini. Maklumlah bukan mudah menulis tentang diri sendiri (Tun bimbang dianggap suka masuk bakul, angkat sendiri), tentang sebuah negara Malaysia dan negara jiran dan tentu sekali paling payah apabila menyentuh perihal peribadi individu lain. Banyak perkara yang sensitif, banyak hal yang mungkin menyentuh perasaan dan Tun tidak terkejut sekiranya beliau akan disaman!!

Bulu ini tebal, 643 mukasurat. Aku baru bermula dengan"Preface' di mana Tun mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang begitu berjasa kepada beliau terutama sekali isteri tersayang, Tun Dr Siti Hasmah.

Ttidak pasti berapa lama masa akan diambil untuk menghabiskan buku ini. Mungkin sehari beberapa mukasurat, sebab aku mahu memahami setiap yang tersurat dan tersirat dalam baris-baris ayat tersebut. Apa yang pasti bahasa yang digunakan oleh Tun amat mudah difahami, tiada istilah bombastik yang menyesakkan otak, beliau begitu praktikal.

Jadi .... mulakan pembacaan anda.