Saturday, March 26, 2011

Debaran Kian Terasa

Pejam celik pejam celik. Cepatnya masa berjalan, sedar-sedar lagi 3 hari aku akan berangkat. Aku sebenarnya telah lama menyimpan niat untuk menunaikan umrah. Hanya pada bulan Januari lepas aku mendaftarkan diri untuk menyempurnakan niat ku itu. Insyallah 30 Mac ini aku akan berlepas ke Jeddah.

Setiap masa penuh dengan debaran. Walaupun ini bukan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, tetapi keterujaan itu tetap sama. Aku jadi kalut melakukan persiapan fizikal, mental dan spiritual ... aku mengharapkan agar dapat melakukan umrah yang terbaik ... lebih baik daripada yang telah aku lakukan sebelum ini. Insyaallah.

Setiap minggu aku menghadiri kursus haji dan umrah tanpa jemu. Selain mendapat ilmu dan panduan mengerjakan ibadah umrah, kelas tersebut juga turut menyentuh pelbagai aspek fardhu ain. Dan selamanya aku rasa belum cukup ilmu, rasanya banyak lagi ilmu perlu diambil tahu. Aku mahu pastikan aku tidak mensia-siakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah untuk kembali menjejak kaki di kedua-dua tanah suci tersebut.

4 kali seminggu aku dan Abah akan berjalan di sekitar kawasan perumahan supaya tubuh "fit" untuk melakukan ibadah ini. Setiap kali usai solat, aku berdoa memohon bantuan dan perlindungan dari Allah.

Ohh Tuhan, bantulah aku semoga dapat melakukan ibadah dengan sempurna ... semoga mendapat umrah yang mabrur. Ameen

2 comments:

Tanamera Kayu Ara Spa said...

Assalamualaikum

Semoga selamat pergi dan selamat kembali, semoga dapat beribadah dengan sempurna dan diterima Allah.

Salam dari Tanamera Kayu Ara Spa

mazjahada said...

TKAS - terima kasih atas doa anda. alhamdulillah saya telah selamat kembali ke tanah air. Kini sedang bertatih menulis coretan perjalanan, terasa malas nak menulis. Kenapa ye??