Friday, March 11, 2011

A doctor In The House




Wajahnya pada kulit buku itu tersenyum manis. Membuat hati terpanggil untuk membaca apa isihati si penulis. Lalu RM100 dihulurkan dan buku ini aku bawa pulang.

"A Doctor In The House : The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohammad" adalah hasil nukilan Tun sendiri. Menurut Tun, beliau mengambil masa 8 tahun untuk menyiapkan buku ini. Maklumlah bukan mudah menulis tentang diri sendiri (Tun bimbang dianggap suka masuk bakul, angkat sendiri), tentang sebuah negara Malaysia dan negara jiran dan tentu sekali paling payah apabila menyentuh perihal peribadi individu lain. Banyak perkara yang sensitif, banyak hal yang mungkin menyentuh perasaan dan Tun tidak terkejut sekiranya beliau akan disaman!!

Bulu ini tebal, 643 mukasurat. Aku baru bermula dengan"Preface' di mana Tun mengucapkan penghargaan kepada semua pihak yang begitu berjasa kepada beliau terutama sekali isteri tersayang, Tun Dr Siti Hasmah.

Ttidak pasti berapa lama masa akan diambil untuk menghabiskan buku ini. Mungkin sehari beberapa mukasurat, sebab aku mahu memahami setiap yang tersurat dan tersirat dalam baris-baris ayat tersebut. Apa yang pasti bahasa yang digunakan oleh Tun amat mudah difahami, tiada istilah bombastik yang menyesakkan otak, beliau begitu praktikal.

Jadi .... mulakan pembacaan anda.

No comments: