Senyum riang pada majlis konvokesyen - 21 Mac 2011
Tahniah buat Kak Ngah. Tersenyum lebar dia sebaik sahaja selesai Majlis Konvokesyen ke-11 Politeknik Seberang Perai. Hilanglah penat lelah berulang-alik ke kampus selama 2 tahun setengah. Berkejar pergi balik dari rumah menghadiri kuliah yang adakalanya pada waktu pagi, petang atau malam.
Mama sentiasa mendokan agar Kak Ngah sentiasa berjaya dalam hidup. Jadilah anak yang kuat semangat juang, sentiasa seimbang mengejar nikmat dunia dan akhirat. Paling penting jadilah anak yang solehah dan berbudi mulia. Berbuat baik kepada ibu-bapa dan saudara-mara kerana itulah harta dunia yang paling utama.
Hemmmm ... seperti ibu yang lain, selepas ini Mama berharap Kak Ngah boleh membuat pilihan yang bijak Samada menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau terjun ke dunia pekerjaan. Lepas tu .... cari jodoh di kalangan lelaki yang beriman. Ohhh ... Mama dah tak sabar nak dapat menantu.
No comments:
Post a Comment