Kak Normah datang bersama anak perempuan, 2 cucu perempuan dan seorang bibik. Walaupun dah berusia 62 tahun, beliau kelihatan sangat cergas dan bergaya. Mereka masih fasih berbahasa Melayu walaupun kelihatannya lebih selesa berbicara dalam bahasa Inggeris.
Pada hari kedua beliau di Pulau Pinang, semua ahli keluarga Abah (termasuk anak, menantu dan cucu) dijemput untuk makan malam bagi mengenali secara lebih dekat semua anggota keluarga ini. Daripada 39 anggota keluarga, 26 dapat berkumpul bersama keluarga Kak Normah dijamuan yang diadakan di Restoran Pen Mutiara (milik Jabatan Perikanan Puau Pinang) di Batu Maung. Hidangan istimewa malam tersebut ialah kari kepala ikan, butter prawn, kailan ikan masin, sambal sotong. telur dadar, kerabu, sambal dan ulaman serta ikan masin goreng dan minuman pula air asam boi.

Bergambar di hadapan Pen Mutiara Batu Maung |
Malam berikutnya giliran kami pula meraikan Kak Normah dan keluarga. Kali ini tiga keluarga Abah yang tinggal di Alor Setar tidak dapat hadir atas alasan jauh dan masih keletihan. Maklumlah selepas perjumpaan semalam, ada yang tiba di rumah mereka jam 1 pagi. Walau bagaimanapun seramai 13 orang masih berusaha meraikan Kak Normah.
Destinasi kali ini ialah Puncak Mutiara Cafe yang terletak di Kampung Pelet, Bukit Mertajam. Tempatnya sangat cantik dan luas. Malam ini kami memesan makan secara ala carte sahaja. Ada yang memesan beriyani kambing, sate, chicken chop, fish and chip, fried mushroom dan sebagainya. Makan malam di sini sungguh nyaman dengan udara yang segar dan alunan lembut dari muzik yang dimainkan. Selesai makan kami berjalan ke sekitar kawasan cafe tersebut sambil bergambar. Akhirnya pada jam 11.00 malam kami berpisah sambil mengucapkan selamat jalan buat Kak Normah dan keluarga yang akan bertolak pulang ke Singapura pada pagi Jumaat.
Posing di Puncak Mutiara, Kampung Pelet |
No comments:
Post a Comment