Semalam aku ke Puchong ke rumah Yong. Dah sebulan Ijat bersalin, tapi aku tak ada kesempatan nak melawat dia. Kebetulan aku ke Cyberjaya semalam, dapatlah aku singgah menjenguk orang baru ... Jannatul Adni.
Adni adalah cucu pertama Yong, bermakna cicit pertama Emak. Gembiranya hati Emak mendapat kesempatan menimang cicit pertama pada usia 74 tahun. Syukur Allah memberi usia yang panjang untuk merasa nikmat menimang cicit. Cucu pertama Yong, bermakna Adni cucu saudara yang pertama bagi aku. Wah ... aku dah dapat title Opah ... lebih tepatnya Opah Ngah.
Baby zaman sekarang memang hebat. Menurut Yong sebaik sahaja keluar dari bilik bersalin, mata Adni dah terbuka luas memandang sekeliling. Amboi, dia nak scan and register kut wajah-wajah sapa yang tunggu dia keluar ke dunia ni!!! Dulu-dulu baby hanya membuka mata setelah beberapa hari dilahirkan. Aku ingat masa Emak bersalinkan adik-adik aku dulu, setiap hari pulang aja dari sekolah aku akan menjenguk mereka dan asyik bertanya kepada Emak, "Bila adik nak buka mata Emak, pejam jer. Dia bukan tidor pun, dok gerak kiri-kanan. Entah-entah dia tak ada mata kut?" apa lagi, Emak akan menggetu paha aku. Hehehehe.
Semalam aku sempat menimang Adni. Semasa aku menimang, pandai aja dia melembutkan kakinya. tetapi sebaik sahaja aku berhenti menimang, dia terus menegakkan kaki untuk berdiri. Subhanallah. Begitu indahnya kejadian Allah yang membentuk manusia daripada tidak tahu apa-apa kepada pandai berfikir dan bertindak.
No comments:
Post a Comment