Duk dak .. duk dak ... duk dak.
Macam tu debar jantung aku pagi-pagi ni. Hari ni bermulalah perjuangan Puteri Bongsu dan beribu-ribu anak Malaysia yang lain menghadapi SPM, bermula dengan Bahasa Malaysia Kertas Satu (Karangan). Minggu ini peperiksaan dijalankan setiap hari sehingga Khamis. Setiap hari satu matapelajaran. Kertas terakhir pada 28 November nanti.
Aku benar-benar berharap Puteri Bongsu telah bersedia sepenuhnya. SPM lah yang nak menentukan anak ini akan melanjutkan pelajarannya di mana, ..... universiti, kolej, politeknik atau Tingkatan 6.
Aku dan Abah telah sediakan apa yang sepatutnya. Kemudahan belajar di sekolah, tuisyen, buku latihan, seminar ... semuanya demi menyediakan anak-anak menghadapi cabaran peperiksaan di sekolah. Dah juga kami bekalkan ilmu akhirat supaya mereka bersedia menghadapi cabaran hidup yang lebih besar, supaya tidak tewas dengan gangguan syaitan.
Puteri Bongsu .... gunakanlah peperiksaan ini sebagai landasan untuk mencorakkan masa depan adik. Jangan persiakan peluang ini untuk menjadi anak remaja yang cemerlang. Abah dan Mama tidak pernah berhenti mendoakan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat untuk adik. Kami maukan yang terbaik untuk adik. Best of Luck my dear.
No comments:
Post a Comment