Dah basi dah cerita ni. Tapi aku kena tulis juga, sebagai rujukan kemudian hari ... heheheh. 1 Disember 2012 kakak sulong ku, Yong mengadakan walimatul-urus untuk anak sulongnya, Along Mukhriz. Sebenarnya Along dah selamat diijabkabul pada 23 Ogos lalu (3 Syawal). Cuma majlis kenduri aje yang baru dijalankan. Majlis resepsi keluarga perempuan telah diadakan di Kajang seminggu sebelum ini.
Penyambut tetamu ni ... 5 jam berdiri rasa nak tercabut lutut, tapi seronok dapat jumpa saudara-mara semua |
Mau goodies ... kena ngorat anak dara ni ... huhuhuhu |
Majlis pihak lelaki diadakan di Dewan Komuniti Bukit Damansara. Dewannya besar dan cantik. Tempat letak kereta pun banyak. Yang bestnya ada Bilik VIP untuk pengantin mandi, berehat dan bersolek. Luas biliknya. Ramai juga yang tumpang solat di situ.
Keluarga pengantin lelaki |
Aku memang seronok bila ada majlis kenduri macam ni. Inilah peluang bertemu semula dengan saudara-mara yang dah bertahun tak berjumpa. Ramai yang datang dari Perak (ibu-bapa pengantin lelaki berasal dari Perak). Apa lagi, sembang tak berhenti-henti. Dah habis makan, buka pulak satu corner untuk sambung sembang-sembang. Gelak ketawa sentiasa kedengaran.
Sebahagian dari saudara-mara dari Perak ... ada ramai lagi !!! |
Majlis yang sederhana ini berjalan dengan sempurna. Aku dan adik ku Nita diberi tugas menjadi penyambut tetamu. Puteri Bongsu dan sepupunya Dalilah pulak bertugas menyerahkan goodies kepada tetamu. Majlis tamat pukul 5.00 petang. Sebaik majlis tamat, hujan turun dengan lebatnya. Syukur Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment