Aku dah dengar pasal MAHA ni punyalah lama. Mula-mula dulu tak teringin pun nak pergi, aku punya persepsi MAHA ni samalah kut macam ekspo pertanian yang ada kat Penang ni. What so special?
Apa MAHA tu? Baca kat SINI tentang MAHA.
Tetapi Abah beria-ia sangat nak pergi. So, pada 30 November lalu aku, Abah dan Puteri Bongsu pun pergi ke sana. Kami tiba pukul 9.40 pagi, padahal MAHA hanya dibuka untuk pelawat mulai jam 10 pagi. Walaupun masih awal, tempat letak kereta dah mulai penuh. Terpaksalah kami berjalan agak jauh juga dari kereta ke tempat lawatan pertama, sebuah dewan yang menempatkan produk industri kecil (IKS). Dah nama pun sampai awal, memang tak boleh nak komplen kalau banyak gerai belum dibuka. Dok berselimut lagi kebanyakan produknya.
ohhh macam ni rupa pokok "nasi" aka padi!!! |
Seterusnya kami menaiki trem untuk ke Laman Padi. Walaupun dibesarkan di negeri yang mempunyai banyak sawah padi, Puteri Bongsu tak pernah pun masuk bendang dan pegang pokok padi. Di sinilah kali pertama dia memegang anak padi, padi dah masak menguning dan memijak batas bendang. Heheheh kesian anakku. Kami terbuai mendengar irama rancak kumpulan muzik traditional Kelantan yang mengadakan persembahan di laman ini. Irama muzik ala-ala siam ni menyebabkan ramai pengunjuk yang seronok nak menari ... kakakakah!!!
aksi nelayan moden ... dok belek bubu |
Lepas tu kami singgah di laman yang lain pulak seperti Perikanan, Ternakan, Sayur-sayuran, galeri pameran, gerai-gerai makanan dan rumah-rumah negeri di Malaysia. Pergerakan dari satu laman ke laman atau galeri yang lain sangat jauh. Mujurlah perkhidmatan tremnya agak efisyen. Di setiap stesyen ada petugas yang memberi petunjuk trem yang mana harus dinaiki untuk menuju ke laman-laman berkenaan.
Inilah kebun kami!! Petik jer ... petola, labu, kundur, timun ... macam-macam ada |
Ini baru betul-betul segar dari ladang |
Tempat yang paling menarik perhatian kami ialah Laman Sayur-sayuran. Seronoknya duduk di kawasan dingin dengan dikleilingi sayur-sayuran segar bersaiz besar. Kami berlama-lama di sini. Semburan air dingin (mist) menyebabkan kami lupa cuaca panas menggigit di luar kawasan ini. Tengok sayur salad serta ulam-ulaman yang segar dan crispy menyebabkan aku rasa teringin sangat nak mencicah dengan sambal belacan ... hehehhe.
Laksa sarawak |
Di rumah negeri-negeri Malaysia kami singgah makan di rumah Sarawak. Sempat makan laksa sarawak dan beli perencahnya sekali. Kalau ikut hati teringin nak cuba juga makan mee kolok, nasi dabai, umai dan macam-macam lagi, tapi perut dah penuh. Persinggahan di rumah Kelantan,Johor dan Perak hanya sekadar melihat pameran saja. Perut dah kenyang.
Cendul durian dengan nasi kukus |
Cuma setelah puas berjalan, sejam kemudian kami singgah pula di gerai makanan berhampiran Dewan Utama. Kali ini kami mencuba ais krim goreng, cendol durian, nasi kukus ayam berempah dan air kelapa laut. Selepas itu kami masuk pula ke Dewan Utama melihat pameran bunga-bungaan, buah-buahan dan beranika produk industri tani. Keluar dari Dewan kami terkejut melihat cuaca tiba-tiba gelap. Mendung ... bila-bila masa ajer boleh hujan.
Erkkk??? gadis dan bunga?? kwang kwang |
Lebih malang lagi kami lupa pula di kawasan mana kami meletakkan kereta. waduhhhh!!!! Jenuh kami berpusing-pusing mengingatkan tempat permulaan kami tadi (harap maklum, bukan naik trem yer, tapi berjalan kaki!!!!). Akhirnya selepas puas berpusing dan berpeluh-peluh, barulah kami terjumpa laluan yang betul. Waktu itu hujan sudah mula turun. Apa lagi, bagaikan Usain Bolt kami memecut meredah hujan menuju kereta yang nun jauh di hujung kawasan parking. Fuhhhh ... penat campur kebasahan.
Moralnya .... kalau pergi ke tempat yang luas begini, pastikan kita cam jalan masuk untuk memudahkan kita keluar kelak. Apapun, puaslah kami berada di sana dari pukul 9.40 pagi sampai pukul 4.30 petang. Hari ini dalam sejarah, aku berjalan tak henti-henti selama 7 jam.
No comments:
Post a Comment