Tuesday, July 12, 2011

Kembali Setelah Puas Bertapa

Berapa lama aku tidak menjenguk blog ini. Lama sungguh. Entah kenapa tiba-tiba macam-macam perkara berlaku, sehingga aku jadi malas menjenguk komputer. Bukan saja blog ini, FB pun aku tak buka. Hingga ada kawan-kawan mengusik ... hai, ingatkan engkau aje pencen, FB engkau pun turut pencen ke??? Ye le tu!!

Mula-mula aku sibuk dengan kenduri-kendara anak buah. Bila ke sana ke mari, badan pun jadi letih. Memang seronok berkumpul beramai-ramai, tapi aku tak tahan bila terpaksa tidur lewat beberapa malam berturut-turut.

Kemudian kononnya nak puasa sunat Rejab. Tetapi teruknya aku asyik nak mengantuk je waktu siang. Tak sepatutnya puasa jadi alasan untuk jadi tak produktif.

Lepas tu mendapat demam, batuk dan selsema. Bukan sekejap ... tetapi hampir 2 minggu. Semua jadi terbengkalai. Mood hilang, selera makan hilang, ceria wajah hilang. Punya kecilnya dugaan Allah, sudah tak mampu aku nak menghadapi. Mazjahada .... bangun, bangun, bangun!!! Melawan sifat malas itu jihad, menentang hasutan syaitan itu jihad, jangan lemah, jangan menyerah, nanti syaitan ketawa berdekah-dekah.

Segera aku beristifar. Dengan Abah segera kami mengubah jadual harian. Kami paksa diri melakukan aktiviti BERSIH ... bersih cermin tingkap, bersih bilik air, mop lantai, cuci kereta. Tak kuasa nak ikut serta dalam demontrasi Bersih yang memalukan negara. Segera badan terasa segar bila badan banyak berpeluh. Aku mesti lawan segala sifat malas ni. Tak semestinya dah pencen jadi alasan untuk terlalu memanjakan diri.

Alhamdulillah, hari ini semua yang hilang selama hampir 2 minggu diserang tidak sihat badan kembali jadi normal. Nikmat Tuhan yang mana lagi yang harus aku pertikaikan. Subhanallah.

2 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
LEPAS LAMA BERTAPA, MESTI BYK IDEA !

maz ja hada said...

Waalaikumsalam,

Baru masuk gear 1!!!