Thursday, September 29, 2011

Masih Ada Yang Sayang .....

Semalam hari terakhir Syawal tahun ini.  Tak aku sangka pulak masih ada yang mengadakan rumah terbuka.  "Last kopek" kata mereka.

Aku terharu sangat apabila dijemput hadir ke majlis yang dianjurkan oleh bekas bos dan anakbuah ku dulu.  Walaupun setelah 2 tahun aku menamatkan perkhidmatan dan meninggalkan pejabat tersebut, tetapi aku masih dijemput setiap kali ada majlis rumah terbuka.  sob sob sob ... memang rasa terharu sangat.

Terima kasih buat bos dan sahabat semua. Memang sedap semua makanan yang dihidangkan. tetapi rasanya lebih enak menikmati penghargaan dari kalian. Lebih terharu semasa aku balik, dibekalkan pulak ketupat rendang, roti jala kari ayam dan bihun lada. Syukran syukran.  Semoga ikatan persahabatan kita terus berkekalan.  Ameen.

2 comments:

luahfikiran said...

SALAM,
LF ADA JEMPUTAN RUMAH TERBUKA SABTU INI !

maz ja hada said...

Salam ... oh, ada lagi ye. Alhamdulillah, orang kita sangat pemurah bersedekah nak menjamu sahabat handai, mari kita raikan.