Monday, November 8, 2010

Sawan Tangis Kak Ngah

Hilang sawan tangis, Kak Ngah jadi semakin montel

Kak Ngah anak yang ceria dan manja


Kak Ngah sejak hari pertama kelahirannya telah menangis. Biasalah semua bayi yang lahir akan menangis. Tangisan pertama yang pastinya menceriakan hati semua ibu. Tetapi tangisan Kak Ngah ini luar biasa, tangisnya melalak, seolah-olah sedang kesakitan. Apabila dipegang dan dipeluk dia akan diam dan tidur. Sebaik sahaja diletakkan ke atas tilam, serta-merta dia akan menyambung tangis.

Lebih hebat lagi tangisnya tidak mengira waktu, siang malam, pagi dan petang. Semua jiran tertanya-tanya, maklumlah tangisan pada malam hari tentu sekali jelas kepada pendengaran jiran sekeliling. Masing-masing memberi petua dan menyarankan kami berjumpa bomoh itu dan ini. Kerana sudah tidak tertahan, semasa dalam pantang aku terpaksa melanggar segala pantang-larang keluar rumah. Aku pergi ke Klinik Pakar Kanak-kanak. Doktor menyatakan Kak Ngah mendapat "3 months colics" sini (angin dalam perut), yang kebiasaannya akan hilang sendiri setelah bayi berusia 3 bulan. Aku disaran menukarkan susu yang diminum daripada susu lembu kepada susu kacang soya. Kak Ngah kurang berminat menghisap susu badan, tidak seperti Kak Long yang menyusu sehingga berusia setahun 6 bulan.

Kami juga membawa Kak Ngah berjumpa bomoh yang kononnya pandai mengubat sawan tangis. Abah diminta memakan sirih dan menyemburkan air sirih ke luar rumah. Seumur hidup Abah tidak pernah memakan sirih. Terpaksa sirih itu ditumbuk dulu dalam lesung batu sebelum di kunyah. Air sireh yang berwarna merah bersemburan pada dinding rumah yang berwarna putih (yang kemudiannya kami cat semula setelah Kak Ngah berusia 2 tahun).

Apabila gagal menunjukkan sebarang perubahan, kami menemui bomoh yang lain pula. Tetapi semua usaha kami tidak berjaya. Ketika itu semua orang merasa tertekan. Aku dan Abah tidak cukup rehat dan tidur untuk bekerja keesukan hari. Kak Long selalu menjadi mangsa kemarahan kami kerana kenakalannya. Pengasuh mereka, Emak Midah pula merungut tidak dapat memasak dan membuat kerja rumah kerana ragam Kak Ngah. Aku merayu belas-kasihannya dan ketika itu aku sering mengambil cuti kecemasan.

Alhamdulillah, apabila umur Kak Ngah semakin bertambah, tangisannya semakin reda. Benar kata doktor, ketika umurnya menjangkau 4 bulan, Kak Ngah menjadi anak yang semakin ceria. Tangisannya diganti gelak ketawa. Berat badannya juga makin bertambah dan dia menjadi bayi yang comel dan montel.

Kak Long sangat menyayangi adiknya. Aku perlu sentiasa memerhatikan gerak-gerinya kerana dia suka meniru perlakuan aku dan Emak Midah. Sesekali dia akan cuba untuk mengangkat adiknya, menyumbat susu ke mulut adiknya, menyapu bedak ke muka, memukul-mukul belakang adiknya (meniru aksi menepuk bayi tidur).

Mereka berdua membesar bersama-sama dengan penuh kasih-sayang dari aku, Abah dan emak-emak saudara mereka. Kedua-dua Permata Hati ku ini membesar dengan penuh ceria, gelak ketawa dan kenakalan yang aku kenang sehingga kini. Alhamdulillah, keakraban mereka dua beradik kekal sehingga kini dan aku aku harap ianya berpanjangan. Ameen.

3 comments:

Admin said...

saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

Unknown said...

TQ Zul Azri,

hanya orang yg pernah merasa pengalaman ada anak kena sawan tangis yg tau betapa kalutnya waktu tu... kesian tengok anak, tak tau nak tolong macamana bila si kecil menangis terlalak-lalak tu. pujuk mcmana pun tak jalan. Nanti boleh share dgn kenkawan tentang produk SNE tu

Unknown said...

Tkasih Dr Muhammad Akbar atas komen tuan.

Maaf lambat balas, akak tak boleh buka blog ... terlupa password hihihi. Sekarang dah tulis password dalam buku nota, InsyaAllah tak lupa lagi.

Betoi, mungkin waktu tu pendedahan atau pendekatan ke arah teknik penjagaan anak kurang sangat. Bahan bacaan pun terhad, pengetahuan agama cetek, bertambah kita dikelilingi masyarakat yang masih tebal dengan kepercayaan terhadap makhluk halus.

InsyaAllah, generasi sekarang beruntung. Terlalu banyak ilmu dikongsi di kaca TV, akhbar, macam2 magazine, internet, klinik prenatal dan postnatal...macam2. Semoga mereka lebih mudah menjalani kehidupan sebagai ibubapa. Aamiin