Selalu kita dengar ayat "ku sangka panas hingga ke petang" tetapi di Pulau Pinang sekarang panasnya sepanjang masa dari pagi hingga ke malam, dari malam hingga ke pagi. Suhu dicatatkan oleh termometer pada dinding rumahku selalunya antara 30 Celcius (pagi) hingga 32 celcius (petang). Kalau kipas atau aircond tak berfungsi, memang tak boleh tidor sepanjang malam. Panas waktu siangnya begitu terik. Kalau terlewat menjemur kain pada pukul 4 petang pun, Insyaallah memang boleh kering.
Yang paling tak tahan, nyamuk mula mengganas. Setiap malam sebelum tidur, aku sembur racun serangga dalam bilik, tutup pintu rapat-rapat. Sejam lepas tu, aku pergi buat operasi membersih kawasan. Bangkai nyamuk bertaburan atas katil. Banyak juga yang nyawa-nyawa ikan, mungkin kalau dia kuat, nyamuk-nyamuk separuh nyawa ini boleh terbang semula.
Paling aku takut, mula kedengaran kebakaran di sana-sini. Ramainya manusia yang tak ada akal mencampak aje pontong rokok merata-rata tempat, kadang-kadang disambarnya lalang kering. Huh ... cepat aje api merebak.
Paling aku seronok, waktu ini setiap petang aku menjemur banta-bantal yang berbelas biji secara bergilir-gilir. Maklumlah aku menggunakan bantal kekabu. Setelah berpanas beberapa jam, kekabu yang lembab pun menjadi gebu. Seronoklah anak-anak memeluk bantal yang gebu dan wangi.
Palingaku teringin waktu ini ialah meneguk minuman berais (walaupun dilarang keras oleh orang-orang lama) ... ais kacang, cendul, leichikang sejuk, air kelapa, sarbat Penang Road, waduhhhhh ... terasa-rasa sejuk ais turun menderu membasah tekak.
Aku sentiasa percaya, setiap kejadian dijadikan Allah dengan bersebab. Allah mahu melihat bagaimana seorang hambaNya mensyukuri nikmat. Bagaimana kita sebagai hambaNya menghadapi dugaan. Bagaimana kita mengkaji setiap kejadian. Lalu ... tak ada sebabnya kita merungut dan mempersoalkan setiap dugaan yang Allah turunkan. Syukur atas nikmat yang begitu banyak dilimpahkanNya. Kita selalu lupa bersyukur apabila mendapat nikmat tetapi begitu cepat mempertikaikan dugaan yang menimpa. Masyaallah.
No comments:
Post a Comment