gelang pelbagai rekabentuk dan warna ... senang dipadan dengan baju
Perempuan dan perhiasan diri, memanglah sinonim. Begitu juga aku. Cuma perhiasan aku lebih kepada aksesori, bukan emas permata. Entah kenapa semenjak peristiwa yang lalu (rujuk) , aku jadi fobia untuk memakai barang kemas. Beberapa utas gelang dan rantai yang ada cuma aku pakai apabila ada kenduri-kendara ataupun semasa hariraya sahaja.
Koleksi perhiasan yang aku sayang terdiri dari rantai dan gelang. Cincin pun aku beli entah beberapa bentuk tetapi selalu hilang. Maklumlah harga tak berapa mahal, jadi kuranglah teliti nak menjaganya. Ada yang tertinggal di R&R semasa aku buka untuk mengambil wuduk, ada yang tertinggal di rumah Emak, ada yang terjatuh dalam mangkuk tandas!!!
Gelang dan rantai tersebut terdiri daripada jade hijau, kuning atau coklat (aku beli di Beijing), mutiara - cultured pearls (ada yang dibeli di Beijing dan di Sabah, dan ada juga yang dihadiahkan oleh teman-teman yang sering pergi melancong), kristal pelbagai bentuk dan warna (ada yang dibeli di Beijing, Thailand, di Malaysia sendiri atau dihadiahkan oleh teman-teman) atau dari pelbagai batu-batu cantik yang aku sendiri tidak pasti jenisnya.
Tetapi yang paling aku hargai ialah sepasang keronsang kristal berwarna ungu dan seutas rantai beserta loket dari oked asli yang dihadiahkan oleh Abah. Terima kasih Abang.
No comments:
Post a Comment