Saturday, June 18, 2011

Murtabak Hameedeyah


View Image

Anak-anak selalu bertanya. Macamana Abah dan Mama bercinta dulu? Dating kat mana? Apa hadiah Abah bagi? Berapa kali dating seminggu ... bla, bla,bla. Macam-macam soalan, mengalahkan soalsiasat polis. Tetapi macam biasa aku dengan Abah suka main sorok-sorok dengan mereka, cerita sikit-sikit aje, supaya mereka suspen. Lepas tu mereka gelitik dan peluk aku dan Abah ... ala-ala peras-ugut, minta cerita lagi, lagi dan lagi. Tapi kami tak makan pujuk , cerita yang penting-penting je, yang lain tu kekal ekslusif ... hehehehe.

Masa anak dara dulu aku menumpang tinggal di rumah Arwah Ayahcik di Gelugor. Kami pergi-balik kerja bersama-sama kerana pejabat Arwah terletak berhampiran dengan pejabatku. Arwah adalah abang kepada Emak. Aku anggap dia seperti bapa sendiri, sementelah aku baru saja kehilangan arwah Apak beberapa bulan sebelum itu. Arwah Ayahcik agak tegas orangnya, justeru aku tidak ada peluang untuk melilau selepas habis waktu kerja kerana dia akan setia menunggu aku dengan keretanya di hadapan pejabat.

Ketegasannya juga menyebabkan aku takut dan segan untuk meminta kebenaran darinya untuk keluar dating. Apabila Abah datang meminta kebenaran terus darinya (ala-ala gentleman le masa tu), aku masih ingat pesanan jujur Arwah, "Ayahcik faham kamu perlu bincang hal perkahwinan kamu. Pergile bincang. Tapi pergilah tempat ramai orang, macam kat restoran ke. Jangan pergi tepi-tepi pantai, bahaya!! Kalau oranglain jumpa pun tak elok sangat sebab kamu berdua belum kahwin". Fullamak ... dating kat restoran????

Waktu itu di Pulau Pinang tak banyak restoran yang nampak ekslusif kecuali hotel-hotel tepi laut. Mahal lah pulak!! Lalu kami memilih untuk dating di tingkat atas Restoran Hameedeyah di Campbell Street. Makanan yang kami order setiap kali dating semestinyalah murtabak. Memang murtabaknya sangat sedap dan terkenal di Pulau Pinang. Baunya saja sudah cukup menyebabkan sesiapa yang lalu berhampiran restoran menelan airlior.

Sambil makan kami berbual-bual, kadang-kadang sampai berjam-jam. Agaknya mamak restoran itupun meluat melihat kami yang order 2 biji murtabak saja, tapi duduknya lama sangat. Nasiblah.

Sehingga sekarang pun setiap kali makan murtabak, aku pasti teringat kenangan dating yang begitu 'tertib' itu. Tetapi rasanya murtabak yang dijual di sana sekarang sudah tidak sesedap dahulu. Betul ke?? Atau mungkin orang sedang bercinta , semua dimakan terasa sedap. kwang,kwang, kwang.

No comments: