Penganalisis menang kes saman Hospital Pusrawi
2010/07/10KUALA LUMPUR: Seorang penganalisis komputer yang mengalami kerosakan otak selepas menjalani pembedahan empat tahun lalu, semalam menang kes samannya terhadap Hospital Pusrawi Sdn Bhd dan tiga doktor.
Saman itu difailkan pada 2 Februari 2007 dan plaintif mendakwa ujian EEG (electroencephalogram) yang dibuat terhadapnya mengesahkan dia mengalami kerosakan otak akibat kekurangan bekalan oksigen sehingga menyebabkan dia dirawat di Unit Rawatan Rapi selama 22 hari.Plaintif mendakwa akibat kecuaian itu otaknya tidak berfungsi dengan normal dan menjadikannya seperti ‘bangkai bernyawa’. Roslan menuntut ganti rugi teladan dan punitif RM500,000 serta ganti rugi khas iaitu kehilangan pendapatan RM5,687 sebulan bermula 2 Februari 2007 dan berterusan, ganti rugi khas berserta faedah pada kadar empat peratus setahun, dan kos lain.
************************************************************************************
Begitulah dilaporkan di akhbar-akhbar setahun yang lalu. Genap setahun selepas itu (31 Julai 2011), Roslan menghembuskan nafas yang terakhir setelah bertahun-tahun menderita kesakitan. Innalillah hiwainnalillah hirrajiun. Allahyarham pergi meninggalkan isteri yang setia, Emma Ibrahim dan anak-anak yang baik yang memahami penderitaan bapa mereka dan pengorbanan ibu mereka.
Aku tidak mengenali secara peribadi Roslan dan Emma. Menerusi FB, rakan-rakan alumni USM menyambungkan silaturahim aku dengan Emma. Dari situ aku sering mengikuti perkembangan keluarga ini. Aku sering mengalirkan airmata membaca luahan hati Emma yang begitu belas melihat penderitaan suaminya. Hanya kata-kata dorongan dan semangat mampu aku berikan kepada Emma.
Kini sekali lagi Emma menghadapi dugaan yang maha berat. Tetapi aku yakin Emma cukup tabah. Aku hanya mampu memberi kata-kata semangat buat Emma untuk meneruskan kehidupan bersama cahayamatanya bersama Allahyarham Roslan. Semoga Allahyarham berbahagia di alam barzah dan semoga kehidupan Emma dan anak-anak mendapat perlindungan dari Allah. Ameen
No comments:
Post a Comment