Tuesday, July 27, 2010

Slip Disc

Lumbar disc

MRI scan of large herniation (on the right) of the disc between the L4-L5 vertebrae.

Lumbar disc herniations occur in the lower back, most often between the fourth and fifth lumbar vertebral bodies or between the fifth and the sacrum. Symptoms can affect the lower back,buttocks, thigh, and may radiate into the foot and/or toe. The sciatic nerve is the most commonly affected nerve, causing symptoms of sciatica. The femoral nerve can also be affected[11] and cause the patient to experience a numb, tingling feeling throughout one or both legs and even feet or even a burning feeling in the hips and legs.


(maklumat dari Wikipedia Encyclopedia)


Sakit belakang ini sebenarnya telah lama aku rasai. Mungkin sudah 2 atau 3 tahun. Tetapi seperti biasa aku bersikap ambil mudah, sebab selepas beberapa ketika kesakitan itu akan hilang. Setelah disapu minyak urat atau memakan beberapa biji "painkiller', ianya hilang dengan sendiri.


Sebenarnya juga aku telah beberapa kali jatuh terduduk. Semasa kecil atau remaja tidak terkira bilangannya kerana aku termasuk dalam golongan yang aktif. Sering aku terjatuh semasa bermain netbal atau volleyball. Tetapi apabila aku jatuh pada usia 40an, ia meninggalkan kesan yang amat tidak baik. Sakit belakang ku semakin teruk selepas aku jatuh terduduk di pejabat kira-kira setahun yang lalu. Semua rakan sepejabat terkejut melihat "nangka busuk" ini jatuh. Mujurnya permukaan lantai beralas permaidani tebal. Selepas jatuh aku hanya merasa sengal-sengal ringan dan ianya hilang dalam masa 2 hari. Aku berasa lega semula.


Walau bagaimanapun, kira-kira 3 bulan yang lepas aku menerima kesan yang sangat menakutkan. Selain dari sakit belakang, aku juga berasa sakit di punggung sebelah kanan. Seluruh kaki kanan mulai dari lutut hingga ke tapak kaki selalu sakit terutama di bahagian betis dan tumit. Malah kadang-kadang terasa kebas. Aku terpaksa menghentikan aktiviti berjalan kaki setiap pagi mengelilingi kawasan taman perumahan ini.


Aku berjumpa doktor di klinik panel. Pelbagai ubat urat, angin dan penahan sakit diberikan. Selepas seminggu, apabila didapati tiada perubahan, ubat tersebut diganti kepada yang baru. Selepas seminggu lagi apabila tidak juga berkesan, doktor menyarankan aku menjalani terapi mesin elektromagnet selama 5 hari hari berturut-turut. Apabila didapati itupun tidak memberi kesan positif, doktor tiada pilihan melainkan merujuk aku kepada pakar.


Aku pergi ke KPJ Speacialist Centre untuk berjumpa Pakar Ortopedik. Hospital ini baru saja dibuka pada tahun ini dan ianya berkonsep seperti hotel yang mesra pelanggan. Aku berjumpa Dr Yaakub dan beliau meminta aku menjalani MRI. Ianya merupakan pengalaman yang menakutkan apabila aku perlu memasuki "keranda kecil" yang menyebabkan aku hampir lemas. Segera aku menenangkan diri beristifar dan berselawat. Alhamdulillah selepas bergelut beberapa minit kelemasan, akhirnya aku berasa tenang. Prosedur MRI memakan masa selama hampir 20 minit dengan bunyi bising mesin tersebut beroperasi. Walaupun aku dibekalkan dengan earphone yang mendendangkan lagu-lagu merdu, tetapi bunyi bising tersebut masih jelas mengganggu ketenangan.


Hasil imbasan MRI, Dr Yaakub menerangkan bahawa aku mempunyai masalah pada tulang lumbar L4 dan L5 di mana disc yang memisahkan kedua-dua tulang ini telah keluar sedikit dari kedudukannya dan menekan saraf tunjang yang terletak berhampirannya. Keadaan ini menyebabkan saraf tersebut terhimpit dan memberi kesan sakit, kebas dan ngilu pada bahagian tulang belakang dan seterusnya merebak hingga ke kaki. Dia menyarankan aku menjalani fisioterapi dan memakan ubat sebelum datang semula bertemu beliau selepas 14 hari.


Aku berdoa agar kesakitan ini dapat dihentikan dengan kedua-dua rawatan tersebut. Sekiranya tidak berjaya, aku tidak mempunyai pilihan lain selain menjalani pembedahan untuk membetulkan semula kedudukan disc yang terkeluar itu.


8 comments:

Anonymous said...

Salam...saya khairul dari bdr bukit raja,klang

Boleh saya tahu bagaimana dgn keadaan tuan sekarang

Khairul
019-9179-183

Unknown said...

Alhamdulillah... boleh kata dah pulih. Cuma tak boleh la berlasak2 sangat, tulang orang lama hihihi

Anonymous said...

Salam...boleh saya tau apa rawatan yg dibuat , operation ke?

Unknown said...

Waalaikumsalam. Alhamdulillah keadaan saya belum begitu serius. Saya cuma perlu menjalani latihan fisioterapi selama beberapa minggu untuk pulih kembali. Mcmana pun saya disaran sentiasa menjaga kontur cara duduk dan baring untuk mengelakkan ia berulang kembali

Unknown said...

Salam.puan sudah sembuh sepenuhnya?sy baru jatuh mgu lepas,skrg sy rasa nyeri di tulang ekor punggung bila duduk atas permukaan keras dan kena jaga postur tidur utk bangun dgn baik keesokannya.sy belum bjumpa dgn dc.adakah ianya beri kesan jangka masa panjang kpd sy..menurut pengalaman puan

Unknown said...

Waalaikumsalam Puan Norazida,

Keadaan saya macam bertahan jer. Selagi kita jaga... selagi itu kesakitan tu tak muncul. Mcm puan juga, doktor nasihatkan supaya sentiasa jaga posture duduk dan tidor. Kalu long journey kena kerap berhenti untuk luruskan badan.

Dalam kereta kena ada bantai kecik utk sendal bagi selesa tulang belakang. Nak bangun dari katil kena secara mengiring dan perlahan. Nak keluar kereta pun kena perlahan2. tak boleh langsung pergerakan mengejut.

Dan Unit Fisio hospital ada ajar senaman kalau timbul simptom2 nak sakit balik dan saya sentiasa amalkan. Alhamdulillah dah 7 tahun bertahan... belum jadi lagi kaki ni kebas semula. Minta2 berkekalan. Aamiin

Husaini said...

Saya dah dua Tahun X bekerja SBB slip disk Ni...isteri yang kerja sekarang...tangyung keluarga...hmm...

Unknown said...

Sdra Husaini,

Begitulah dugaan setiap kita tak sama. Jangan berputus asa, teruskan berikhtiar, semoga akan bertemu penawarnya. InsyaAllah