Post ni kira dah outdated dah. Dah sebulan berlalu. Tapi aku nak catatkan juga, supaya nanti tak lupa.
Apa itu Pink October?? Nak tau, jom kita tanya Wikipedia, dia sedia membantu 😊😊😊😊😊
Breast Cancer Awareness Month (BCAM), also referred to in America as National Breast Cancer Awareness Month (NBCAM), is an annual international health campaign organized by major breast cancer charities every October to increase awareness of the disease and to raise funds for research into its cause, prevention, diagnosis, treatment and cure. The campaign also offers information and support to those affected by breast cancer.
Sempena Pink October tahun ni macam2 acara dijalankan di peringkat kebangsaan dan negeri. Tentunya Negeri Pulau Pinang pun tak ketinggalan. Bila ada aktiviti peringkat negeri begini, kami pesakit dan bekas pesakit dari Hospital Seberang Jaya mesti nak ikut ambil bahagian. Di Hospital Seberang Jaya kami ada badan sukarela yang dikenali sebagai PEER GROUP bagi memberi sokongan moral kepada pesakit2 baru yang berada dalam situasi bingung, ketakutan dan sedih dengan dugaan yang menimpa mereka. Kira macam kaunselor lah tu!!
Tahun ni acara kemuncak ialah Charity Fund Walk yang diadakan pada 16 Oktober 2016 di Dataran Gurney Paragon Mall, Gurney Drives. Pihak Hospital menyediakan sebuah bas yang membawa 29 pesakit, bekas pesakit dan kakitangan hospital.
Alamak pagi2 hujan dah turun lebatnya. Macamana nak Fun Walk ni?? Semasa hujan renyai2, kami berzumba sebagai cara untuk warm-up. Selepas berzumba 2 lagu, kami dilepaskan untuk menyudahkan larian 4.2 km. Hehehe bagi orang muda yang stamina bagus, 4.2 km tu macam kacang jer. Tapi bagi kami warga emas intan berlian ni ... fuh fuh fuh semput. Sesak nafas, sakit kaki dan sakit tulang paha nak menghabiskan cabaran ni. Mujurnya hujan lebat ... terasa fresh badan basah tak berpeluh. Abis semua dalaman basah kuyup ... oppps 🙈🙈🙈🙈
PEER Group menerima sumbangan RM15,000 untuk menjalankan aktiviti tahunan |
Berzumba dalam hujan. Di barisan depan sebelah kiri ialah YB Dr. Afiq, ADUN Negeri Pulau Pinang. Muda lagi orangnya |
Selepas semua peserta sampai ke garisan penamat, kami berkumpul untuk mengambil bahagian dalam acara seterusnya. Ada persembahan nyanyian dan tarian dari wakil2 badan sukarela, mendengar kisah motivasi pesakit kanser yang hebat2 serta acara cabutan bertuah. PEER group buat persembahan 'laughing therapy' ... walaupun sedih paksa diri untuk gelak ketawa. Boleh??? Untuk acara cabutan bertuah, daripada 29 orang dalam group kami hanya seorang jer yang dapat hadiah ... adehhh. Tak bertuah le pulok hari ni.
Tepat pukui 12 acara tamat dan kami bergerak balik ke Butterworth.
psss : Aku demam dan batuk seminggu akibat bermain air hujan hihihihi.
******************************************************
Pada minggu berikutnya, MAKNA Utara telah mengadakan woksyop sehari untuk pesakit, bekas pesakit kanser dan ahli keluarga mereka di Hospital Kulim.
Woksyop ini lebih merupakan ulangkaji terhadap pencegahan, pemeriksaan rutin, rawatan sebelum, semasa dan selepas disahkan mengidap kanser, tanggungjawab ahli keluarga dan masyarakat, bantuan2 untuk pesakit dan tanggungjawab MAKNA sendiri.