25 tahun bersama |
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT kami diberi kesempatan menyambut wedding anniversary ke-25. Subhanallah ... rasanya baru semalam bersanding dengan Abah. Heheheh ....
Abah .... terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik buat Mama. Tak ada apa lagi yang Mama mohon kepada Allah SWT selain dari memberikan keberkatan hidup kita sekeluarga di dunia ini dan memanjangkan jodoh kita sehingga ke syurga bersama anak-anak dan ibu-bapa kita. Ameen,
Buat anak-anak Mama :
Adat berumah-tangga memang kekadang tu bergaduh juga. Kalau baik jer tak gaduh pun boring juga .... boleh terima ke? Kalau gaduh-gaduh, merajuk sikit-sikit, pujuk-pujuk sikit, Insyaallah lagi erat ikatan kasih-sayang. Dengan syarat, jangan ego sangat. Kalau dah buat silap, jangan segan nak minta maaf. Orang dah minta maaf tu, janganlah merajuk lagi, maafkanlah .... jangan nak tunjuk garang tak bertempat.
Doa adalah senjata umat Islam. Banyakkan berdoa mohon keberkatan hidup berumahtangga dari Alllah SWT. Kita tidak tahu apa rintangan dan dugaan di sekeliling kita yang boleh terjah kita bila-bila masa aja. Hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita hambaNy a. Tetapi kita kenalah sentiasa patuh kepada perintahNya dan memohon perlindungan hanya dari Allah SWT, jangan minta pada orang ... terutama bomoh. Jangannnnn sekali-kali.
Hormat-menghormati terlalu penting. Melawak boleh ... tapi berpada-pada. Jangan sentuh perkara yang terlalu sensitif terutama melibatkan ahli keluarga pasangan kita. Jangan mengata adik dia, jangan kutuk kakak dia, jangan hina ibu-bapa dia. Pantang-larang yang teramat besar!!!!
Tolak-ansur juga penting. Jangan pentingkan diri sendiri. Kalau masak atau beli makanan, ingatkan juga kegemaran pasangan kita. Walaupun kita tak suka sesuatu makanan, apa salah kita buat pengorbanan sikit. Macam Mama (ecehcehceh) tak suka laksa ... tapi usaha juga belajar dan masak laksa untuk Abah, walaupun selalu FAILED. Rezeki Mama ... Abah tak cerewet, kalau dia suka dia makan banyak, kalau tak suka dia makan sikit. Alhamdulillah.
Sharing is caring. Belajar share banyak perkara dengan pasangan kita. Share masalah dia, kegembiraan dia, kegemaran dia dan perasaan dia. Kalau beban dalam rumahtangga tu, bantu setakat termampu. Memang kelengkapan rumahtangga itu tanggungjawab suami, tetapi sebagai isteri apa salah kita bantu. Hargailah kebaikannya membenarkan kita keluar bekerja. Kalau suami guna kuasa veto tak benarkan kita bekerja, kita wajib patuh. Hiduplah dengan apa saja yang dia mampu sediakan tanpa banyak komplen.
Sebetulnya banyak lagi tips yang hendak Mama titipkan buat anak-anak Mama. Memang pun Mama bukan pakar motivasi rumahtangga, tapi banyak bergantung kepada pengalaman selama 25 tahun. Nak lebih banyak tips, kena rajin baca buku-buku motivasi rumahtangga Datuk Dr Fadhilah Kamsah, Ustazah Siti Nur Bahyah, Dr Rubiah Hamzah dan ramai lagi.
Cuma antara tips hubungan intim suami-isteri yang dikongsi oleh Ustazah Azizah di masjid tempat Mama menimba ilmu ialah :
- selalu minum berkongsi gelas dengan pasangan, share makanan dengan sudu dan garpu yang sama, dan sesekali suaplah pasangan kita
- tidur berkongsi satu selimut, carilah selimut king size, tak der lah lawan tarik selimut semasa tidur nanti ... hehehe
- semasa mula hendak tidur sentiasa mengadap wajah satu sama lain, dah tidur tak kisahlah kalau nak pusing arah mana pun, dah di luar kawalan minda sedar
- sentuhan adalah penting, hrmmm ... berjalan pegang tangan, tengok TV dok dekat-dekat, dalam kereta pun pegang tangan pasangan. Bila pening atau sakit badan, minta pasangan tolong picitkan dengan penuh kasih-sayang. Tak malu??? Kenapa pulak malu? Suami isteri pasangan halal. Anak muda yang berkepit dan menenggek atas motor pakwe tapi belum nikah tu lagi lah memalukan!!!
- amalkan potong kuku suami setiap hari Jumaat
- bilik tidur mesti kemas dan wangi .... rajinlah tabur bunga rampai, atau susah sangat sembur aje perfume atas katil
- selalu tukar cadar, tuala dan pakaian suami (ada suami dok pakai baju dan pelekat yang sama berhari-hari ....uweeekkk)
- sentiasa perihatin, selalu hulurkan minuman semasa dia santai (tak semestinya minuman manis, air masak pun okay ... nanti muda-muda dah dapat kencing manis)
- selalu mengorat dia, kejip-kejip mata, cuit-cuit, hantar SMS ... ahhhh. engkorang pandai-pandailah buat apa yang patut
- senyum ... jangan tunjuk muka kelat, tak selera pasangan nak tengok
Banyak .... banyak lagi, nanti tanyalah kat Mama yer. Sekarang Mama nak masuk dapur ... sempena anniversary ni Mama nak masak menu kegemaran Abah yang sangat simple tapi boleh buat Abah tambah nasi berkali-kali ... pajeri nenas, ikan masin goreng dengan bawang dan cili kering dan cencaru belah belakang. Siappp!!!