(TQ Idazaidi - guna gambar awak yang mengancam ni) |
Tidor kami sekejap sahaja. Pukul 2 pagi telefon berdering-dering. Wake-up call dari pihak hotel. Mandi-manda seadanya, terus aje menarik beg masing-masing turun ke lobi. Petugas hotel pula sibuk memuatkan beg ke dalam bas .... sarat!!! Kalau semasa tiba di Jakarta aku hanya membawa 2 beg (satu beg penuh berisi, satu beg lagi kosong ... reserve untuk isi barang shopping), balik kali ini 3 beg penuh padat dengan barangan. Abah mengugut-ngugut aku, sediakan duit spare untuk jelaskan bayaran bagasi lebih had. Aduhhh ... terpaksalah aku menyimpan beberapa ribu rupiah, tak boleh nak dibelanjakan sampai licin.
Pihak hotel menyediakan nasi goreng dan minuman panas. Tapi dalam keadaan baru bangun tidor tengah malam, siapalah yang mampu menjamu selera? Ala-ala nak bersahur pulak .... langsung tak berselera.
Pukul 3.30 pagi kami bergerak ke Lapangan Terbang Soekarno-Hatta. Perjalanan sungguh aman kerana jalanrayanya kosong, cuma sesekali kenderaan lalu-lalang. Kira-kira 30 minit kemudian kamipun tiba di lapangan terbang. Setelah memunggah beg masing-masing, kami mengucapkan selamat berpisah kepada Rendra dan 2 pemandu yang sangat peramah dan sabar melayan kerenah kami.
Segala urusan di lapangan terbang berjaan dengan lancar dan pesawat kami bertolak ke Pulau Pinang tepat jam 6.00 pagi. Penerbangan 6 jam sungguh nyaman, cuaca pun baik. Tak ada kes pesawat bergoyang-goyang macam penerbangan dari Abu Dhabi dulu. Kami selamat mendarat di Pulau Pinang pukul 8.10 minit. Alhamdulillah atas nikmat Allah memelihara kami sepanjang perjalanan. Puteri Tengah dan Puteri Bongsu telah siap menunggu.
Ketika ini barulah perut terasa teramat laparnya. Aku rindukan makanan Penang!!!! Tempat kami tuju tentunya Penang Kayu Nasi Kndar. Aku dan Abah melepaskan rindu kami kepada roti canai kuah banjir dan teh tarik kurang manis. Yummyyyy
No comments:
Post a Comment